Friday 31 May 2013

La Tahzan


Hidup ini adalah untuk bersyukur,
Pada orang yang menyakiti,
Kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu,
Pada orang yang tidak mengendahkan kamu,
Kerana dialah yang memupuk berdikari,
Kepada yang menjatuhkan kamu,
Kerana dialah yang memperhebat abilitimu,
Pada yang mengujimu,
Kerana Dia yang memberi peluang mujahadahmu,
Pada yang menyeksa kamu,
Kerana dia yang menguji kesabaran kamu,
Bersyukur dengan segala ujianNya,
Kerana itu tanda tarbayah dari yang Maha Esa…


Bila engkau memandang segalannya dari tuhanmu,
Yang mencipta segalanya,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuat keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hiudpmu,
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja menciptakan sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu betapa retaknya hatimu,
Tapi mungkin inilah yang Dia tahu,
Hati-hati beginilah yang selalu lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya…
La Tahzan….


Pengaruh Budaya Asing dikalangan generasi muda


     Perkembangan pesat teknologi maklumat pada hari ini telah mendedahkan remaja-remaja Malaysia kepada budaya luar. ” Segalanya ada di hujung jari anda” menunjukkan teknologi ini adalah satu medium yang menyebabkan penyebaran budaya luar ini lebih pantas. Remaja hari ini mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat terutamanya dari segi pemikiran, pemakaian, dan sebagainya, yang semakin membelakangi budaya timur.

        Generasi muda yang terdiri dari dua kata majmuk, kata yang kedua adalah sifat atau keadaan kelompok individu itu yang masih berusia muda diwarisi oleh cita-cita dan dibebani hak dan kewajipan. Ianya juga mengandungi erti populasi remaja, anak muda atau pemuda yang sedang membentuk dirinya.
Remaja pada hari ini disaran memupuk nilai murni dan budaya bagi memperkasakan jati diri daripada dikuasai pengaruh negatif yang kian tersebar kini. Perkara seperti ini penting bagi memastikan golongan belia berupaya mempertahankan identiti serta budaya sendiri. Ramai anak muda kini sudah mula melupakan adat dan tradisi melayu dalam kehidupan seharian mereka.

        Sebenarnya, para remaja bebas mengamalkan atau mempelajari budaya semua kaum. Yang menjadi masalahnya ialah kebanyakan budaya asing terutama sekali budaya barat itu yang bertentangan dengan nilai-nilai murni bangsa melayu yang berhemah tinggi dan bersopan santun. Ini termasuklah pakaian yang menjolok mata, fesyen rambut ala ‘punk’, hiburan yang melampau-lampau, dan pengaruh pergaulan yang terlalu bebas hingga melampaui batas susila orang-orang timur.

     Sebagai remaja yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang, kita perlulah sensitif terhadap budaya kita sendiri. Budaya Nasional  merupakan lambang perpaduan dan keutuhan peribadi setiap rakyat Negara Malaysia. Generasi Muda harus lebih mengenali budaya tempatan supaya tidak hilang ditelan zaman.
Hakikatnya, kita boleh mencontohi adat resam atau kebudayaan sesebuah Negara itu tetapi kita mestilah pandai menyesuaikan dengan keadaaan ditempat sendiri. Dengan ini bangsa kita akan tetap di hormati kerana mempunyai identiti yang tersendiri.

       Sebagai contoh nilai murni yang boleh mereka praktikkan seperti memberi salam, berjalan sambil menundukkan hormat di hadapan orang, ucapan terima kasih bagi menunjukkan rasa pernghargaan dan sebagainya.

       Generasi muda adalah pewaris bangsa dan Negara, baik buruknya bangsa bergantung kepada bagaimana generasi mudanya. Apakah generasi muda memiliki keperibadian yang kukuh, semangat nasionalisme dan sifat yang kuat untuk membangunkan bangsa dan negaranya. Apakah golongan belia memiliki dan menguasai pengetahuan teknologi untuk bersaing dengan bangsa lain.

        Belia dalam konteks hari ini,menjadi ‘ejen transformasi’ yang akan memainkan peranan serta mempunyai fungsi yang tertentu. Cabaran besar hari ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan integriti dalam diri generasi muda melalui aktiviti, program serta diri masing-masing. Pembudayaan integriti memerlukan komitmen dan tanggungjawab besar dari segala lapisan masyarakat.


Faktor-faktor yang menyebabkan remaja kini lebih mudah terdedah dengan pengaruh negatif seperti :-
Keruntuhan Institusi kekeluargaan
Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumah tangga yang berpunca daripada penceraian, poligami, dan sebagainya memberi tekanan kepada jiwa remaja sekaligus mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka.
Kurangnya pengawasan ibu bapa
Sikap ibu bapa yang kurang memberi pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang.  Malah lebih teruk lagi, terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi.Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan dan keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.
Pegangan agama yang tidak teguh
Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat makanan jiwa dan inilah yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan budaya luar .

Tanggungjawab belia penting dalam mencetuskan angin perubahan sesebuah Negara kearah yang lebih baik. Sekiranya masyarakat mahu melihat nasib dan Negara mereka berubah baik, pemuda perlu tampil dan berani membuat perubahan.

Budaya berbudi bahasa semakin hilang


Kerap kali dipaparkan dikaca televisyen iklan “Budi bahasa budaya kita”. Persoalannya di sini masih berkesankah lagi pepatah ini kepada kita atau ia sekadar iklan yang hanya bermain selama beberapa minit. Apakah masih lagi diamalkan oleh masyarakat Malaysia khususnya amalan berbudi bahasa ini sama ada daripada yang tua kepada yang muda atau sebaliknya. Barangkali ramai masyarakat kita yang masih lagi belum memahami sepenunhnya konsep berbudi berbahasa ini.
Bahasa menjadi asas utama pembinaan dan pengembangan sesuatu tamadun bangsa. Bahasa adalah bidang utama kekuatan bangsa dan alat pengucapan kebudayaan . Kebudayaan kebangsaan juga bersumberkan bahasa. Kelahiran sesebuah negara industri moden tidak akan bermakna kalau imej kebudayaan dan citra kebangsaan tidak jelas di gambarkan.
Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang . Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan tingkah laku mereka. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang etika, kesenian, bahasa , kesusasteraan dan cara hidup yang sebati dan diterima bersama.
Budaya berbudi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata mulia. Dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Bagi masyarakat melayu perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
Budaya berbahasa adab ini semakin hilang atas beberapa sebab, pertamanya masyarakat melayu mula longgar, dan terpecah, perubahan masa, kemasukan pengaruh budaya barat yang menjadi ikutan anak-anak muda khususnya dan budaya negatif yang telah dipengaruhi oleh mereka. Generasi baru Malaysia kini tidak seperti dahulu, perubahan masa yang berlaku dan masyarakat juga bertukar akibat dari perubahan fzikal serta pekerjaan. Masyarakat melayu moden terseret  menjadi individu yang individualistik, terkongkong dengan egoismenya dan lebih menjadikan material sebagai nilai hidup.
Tambahan pula, ianya juga berpunca daripada diri mereka sendiri yang menganggap berbudi bahasa ini tidak penting, kolot, dan memalukan. Mereka lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri, dan kurangnya didikan agama. Kebanyakan kempen yang dijalankan oleh kerajaan juga tidak begitu berkesan.
Amalan 3S ( Sapa, Salam, Senyum) ianya kelihatan mudah untuk dilakukan tetapi amat jarang sekali dipraktikkan dikalangan masyarakat melayu. Nilai-nilai murni seperti bertegur sapa di antara jiran tetangga, bertimbang rasa, hormat-menghormati diantara yang tua kepada yang muda dan sebaliknya. Nila-nilai seperti ini seharusnya di pupuk di kalangan masyarakat kita khususnya.


Kesan buruk tidak mengamalkan amalan berbudi bahasa ini akan mendatangkan impak yang negatif terutamanya kepada diri sendiri dimana wujudnya kekurangan kesedaran sivik terhadap harta benda awam, individu dipandang serong oleh masyarakat dan tidak dipercayai oleh orang di sekeliling. Dari sudut kesan kepada masyarakat pula, berlakunya keruntuhan akhlak, wujudnya jurang di antara golongan tua dengan golongan muda dan berlakunya perbalahan antara masyarakat.
 Dari sudut kenegaraan, sekiranya kita tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa ini ia akan mencemarkan imej negara kita Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui, Malaysia bukanlah negara yang asing bagi dunia luar, ramai pelancong asing datang melawat negara kita sehinggalah daripada seluruh pelusuk dunia sama ada mereka datang untuk mencari rezki ataupun sebagai pelancong.  Dengan peningkatan pelancong asing di negara kita maka ekonomi Malaysia akan meningkat, oleh itu kita sebagai tuan rumah hendaklah menunjukkan budaya kita yang indah, sopan, dan menarik supaya mereka tertarik untuk datang ke sini lagi.
Budaya berbahasa dan amalan sosiobudaya bagi masyarakat melayu khususnya dan Malaysia umumnya, patut di kembalikan  ke pangkal jalan. Apa salahnya amalan budaya yang baik ini diteruskan sebagai sifat budi bahasa dan cara hidup masyarakat kita sejak ratusan tahun dahulu.

Monday 27 May 2013

kisah hidupku di universiti

Bab 2


Aku terus melangkah kakiku menuju ke rumah baru yang akan ku duduki selama beberapa bulan bersama dengan kawan-kawan baruku. Setelah sampai aku melihat rumah baru aku ini besar dan boleh memuatkan 8 orang semuanya dengan dapurnya yang luas dan mempunyai 3 bilik. Aku mendapat bilik bernombor 3 nampaknya bilik yang aku duduk ini hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja tetapi aku tidak kelihatan siapakah roomate baru aku hanya aku sahaja yang baru sampai. Tanpa melengahkan masa aku terus mengemas pakaian aku dan masukkan di dalam loker sedang aku mengemas tiba-tiba aku teringat akan asrama aku semasa aku bersekolah menengah agama di banting dulu rindunya aku dengan kawan-kawan aku disana. Ini bukanlah kali pertama aku tinggal diasrama boleh dikatakan sudah 6 tahun aku duduk asrama jadi bukanlah sesuatu yang janggal untuk kali ini aku tinggal di asrama nilam court walaupun status aku sudah berbeza iaitu menjadi pelajar universiti.

Beberapa minit sudah berlalu nampaknya kawan-kawan aku daripada bilik yang lain dah sampai dan mereka sedang mengemas barangan mereka ketika ini. Aku terfkir untuk menyapa mereka yalah hendak mengeratkan silaturrahim terus berkenalan dengan sahabat baru. Dengan tidak segan silunya aku terus masuk ke bilik mereka dan menyapa mereka.

“Assalamualaikum, boleh saya masuk ,”
“ waalaikumsalam, masuklah,” jawabnya bersama dengan kawanya yang lain.
“ Terima kasih, nama saya Saidatul Nafisah, saya kawan serumah awak,” sambil tanganku bersalam dengannya.
“oh, saya Siti Asma’a ni kawan saya Asmahani,” dia menyahut salamku sambil  memperkenalkan kawannya kepadaku.
“ Ambil kos apa ye kat sini? saya ambil kos Bahasa Arab,” aku bertanya lagi.
“ Saya dan kawan saya ambil kos Quran Sunnah,” dia menjawab.
“oh, ok nanti kalau ada apa-apa nak mintak tolong jangan segan-segan cakap bilik saya kat depan ni je,”.
“ insya-Allah ….

Selesai bertegur sapa dengan mereka aku terus ke bawah ingin melihat keadaan sekitar di Nilam court ini. Sedang aku berjalan-berjalan tetiba aku terlihat seseorang yang aku kenal, dia seakan-akan kawan semasa aku sekolah menengah dulu. Aku terus pergi menuju kearah dia semakin aku dekat menghampiri dia semakin aku yakin bahawa memang itu adalah dia . Rupa-rupanya bukan aku sahaja yang mendapat tawaran belajar di sini kawan-kawan aku yang satu sekolah dengan aku dulu pun dapat sambung belajar di sini juga nampaknya aku tidaklah keseorangan seperti yang aku sangkakan.

“ Awin!!!
“ lah, kau ke pica ingatkan sapa tadi . kau pun dapat kat sini jugak ke blok mana kau tinggal,”
“ blok f dekat situ,” aku menunjukkan jariku kea rah banggunan yang aku duduk.
“ oh, aku blok b dekat belakang itu,”
“ siapa je lagi yang duduk kat sini kawan-kawan kita yang lain pun sama jugak ke dapat sini,” aku bertanya dengan semangatya.
“Yang aku nampak beberapa orang je tapi aku rasa ramai je kawan kita yang dapat sini,”.
“Ah-ah kan tak silap aku Usim kan rumah kedua Samttar,” .
“Rumah kedua Samttar? Maksud kau,
“ Maksud aku kebanyakkan pelajar Stam kat sekolah kita tu mesti akan dapat tawaran belajar kat sini tengoklah senior kita yang dulu-dulu diorang pun kebanyakkanya belajar kat sini,”
“oh, memanglah Usim ni kan terima semua pelajar Stam walaupun yang dapat keputusan Jaid sekalipun.
“ so, aku tak adalah culture shock sangat yelah dekat sini pun ada ramai orang yang kita kenal dan aku tengok suasana kat sini macam sama je dengan kat sekolah kita semuanya tutup aurat ,”.
“ Baguslah tu mudahlah kita untuk belajar nanti dengan bia’ah yang macam ni,”
“ o.klah awin aku nak naik biliklah dah lama aku kat sini nanti kita berbual lagi,”
“ok ,
“bye, assalamualaikum,” ucapku sebelum pergi.
“waalaikumsalam,” jawabnya.

Aku pun terus naik ke atas setelah selesai berbual dengan kawan lama aku agak rindu jugak dengan dia, yelah dah lama tak jumpa lepas habis stam dalam tempoh 6 bulan kitaorang tak jumpa tu yang banyak cakap tu.

Bersambung…… 

Puisi


Sahabat

Sahabat seperjuangan,
Dunia indah di pandang tapi pahit merasainya,
Jiwa perlu matang dalam mengharungi ombak dunia,
Teguhkan keimananmu ke ruang hati merah,
Moga syahdu merasai nikmat kurniaNya,

Hati-hati dengan cinta dunia,
Kerana ia bisa membakar imanmu,
Teguhkanlah keinsafan,
Binalah kekuatuan,
Alirkan halawatul iman,
Selamat berjuang……

Ya Allah,
Tika Engkau hadiahkan aku sahabat,
Engkau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaan Mu,
Engkau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku,
Engkau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku,
Semangat jihadku,
Saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu,
Engkau jadikanlah ukhwah ini di semai redhaMu,
Teguhkan atas cinta padaMu,
Di lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami
dari mengingatiMu....




Wednesday 22 May 2013

Kisah Hidupku Universiti

BAB 1
kali pertama ku menjejakkan kaki ke Bandar Nilai di Negeri Sembilan hatiku makin teruja bukan 
disebabkan Bandar Nilai ini yang membuat hatku teruja tetapi perasaan aku berdebar disaat kereta yang  sedang aku naiki ketika ini sedang menuju ke tempat yang selama ini aku tunggu-tunggu. USIM atau nama panjangnya Universiti Sains Islam Malaysia inilah tempat yang akan aku teruskan pembelajaran aku di sini. selepas tamatnya aku di Sekolah lamaku aku terus menyambung pelajaranku di sini, dengan kelayakan STAM yang aku ambil menyebabkan aku mendapat tawaran belajar disini. Entah apa rasanya belajar di universiti ini, selama ini aku merasakan diri ini masih lagi budak dan tidak matang tetapi dengan menjejakkan kaki di usim aku merasakan bahawa aku sudah pun mula meningkat dewasa lagi-lagi dengan gelaran mahasiswa yang sering digelar oleh pelajar universiti.

akhirnya aku sudah sampai ke tempat yang di tujui iaitu di Stadium Tertutup Nilai inilah tempat untuk aku dan kawan-kawan baruku akan berdaftar. sedang aku keluar dari keretaku aku melihat ramai pelajar-pelajar bersama dengan ibu-bapa masing-masing sedang menunggu anak-anaknya didalam yang sedang berdaftar. hatiku berkata "wah! meriahnya ramai orang yang datang sini untuk mendaftar, dapat kawan barulah aku kali ni, yes bestnya,". Dengan semangatnya aku pergi menuju di dalam untuk mendaftar sedang keluargaku pergi menunggu aku diluar dewan. Setelah selesai mendaftar aku harus menuju ke tempat dimana aku akan tinggal iaitu di asramaku Nilam Court. Aku terfikir entah dimanalah terletaknya asrama Nilam Court ni kebiasaanya di setiap universiti ada asrama di dalamya tetapi bila melihat universitiku kelihatanya tidak ternampak bangunan-bangunan yang banyak dan ramai pelajar di sini sepertinya tidak akan menuju ke sana. Aku buntu apa yang harus aku katakan pada ayahku nanti apabila dia bertanya tentang asramaku.

" mana tempat asrama yang akan kau duduk nanti , dekat dalam universiti tu ke," kata ayahku kepadaku. Aku menjawab dengan lembutnya " dekat Nilam Court tapi pica tak tahu kat mana asrama tu," dengan nada mendatar aku menjawab. "macam mana ni nampaknya kena tanya orang," ujar ayahku dengan memberi pandangannya. Sedang kami buntu apa yang harus dilakukan tiba-tiba ayahku ternampak seseorang yang dikenalinya dengan semangatnya dia memanggil lelaki itu "man!!! sini-sini ya Allah kau buat apa kat sini,"  lalu    
lelaki itu pergi menemui lelaki yang sedang memanggilnya, "lah... abang hair ke ingatkan siapa yang panggil tadi, tak saya memang kerja kat sini sebagai driver bas," ujarnya. Ayahku ku lega apabila mengetahuinya lalu  dengan pantasnya ayahku meminta pertolongan darinya untuk menunjukkan jalan diamanakah terletaknya asramaku . Alhamdulillah dengan tidak keberatan dia boleh menunjukkan jalan akhirnya masalah kami selesai juga. 

Setelah beberapa minit akhirnya aku sampai ke Nilam Court ternyata masih ramai lagi yang sedang mencari rumah untuk mereka tinggal. Aku meneruskan perjalananku menuju ke tempat daftar dan terus mencari rumahku entah siapalah yang akan tinggal sekali dengan aku. walaupun kunci rumah ada ditanganku tetapi kali ini aku buntu entah yang mana satu bangunan aku kerana terlalu banyak blok di situ dan itu menambah kepeningan aku . " ish, mana pulak rumah aku ni apasallah banyak sangat blok kat sini memeningkan kepala betul, tak pasal-pasal tidur luarlah aku malam ni kalau tak jumpa rumah," aku mengomel didalam hati. Tiba-tiba seorang kakak menegur aku "adik cari rumah ke," dengan lembutnya dia berkata kepadaku. "Ah-ah tak jumpa pulak bloknya ," aku menjawab. " Sini akak tunjukkan adik blok apa ye," lalu aku tunjukan kunci rumahku yang mempunyai alamat di tempat pegangannya , " owh, blok F kat depan sini je dik," dia memberitahu ku lagi. Aku terkejut " lah rupanya-rupanya aku sedang berdiri di depan blok aku sengal betullah aku ni cari bagai nak gila rupanya depan mata je pun , ish! buat malu je kat depan kakak ni," aku berkata dalam hati. aku mengucapkan terima kasih kepada kakak itu kerana menolong aku mencari rumah. Setelah selesai urusan di asramaku aku harus berjumpa dengan ibu-bapaku untuk mengucapkan selamat tinggal kerana aku kini akan menetap lama di tempat baru aku. " Nanti kat sini belajar elok-elok dah dapat sambung belajar ni jangan sia-siakan ," nasihat ayahku kepadaku. " Insya-Allah pica belajar sungguh-sungguh," jawabku dengan nada sedih kerana akan berpisah dengan keluargaku. Aku salam seluruh keluargaku mak,ayah, kakak, dan adik sebelum mereka bergerak pergi. USIM aku datang tunggullah kedatanganku.......