Perkembangan pesat teknologi maklumat pada hari ini telah
mendedahkan remaja-remaja Malaysia kepada budaya luar. ” Segalanya ada di
hujung jari anda” menunjukkan teknologi ini adalah satu medium yang menyebabkan
penyebaran budaya luar ini lebih pantas. Remaja hari ini mudah terpengaruh
dengan ideologi-ideologi barat terutamanya dari segi pemikiran, pemakaian, dan
sebagainya, yang semakin membelakangi budaya timur.
Generasi muda yang terdiri dari dua kata majmuk, kata yang kedua
adalah sifat atau keadaan kelompok individu itu yang masih berusia muda
diwarisi oleh cita-cita dan dibebani hak dan kewajipan. Ianya juga mengandungi
erti populasi remaja, anak muda atau pemuda yang sedang membentuk dirinya.
Remaja pada hari ini disaran memupuk nilai murni dan budaya bagi
memperkasakan jati diri daripada dikuasai pengaruh negatif yang kian tersebar
kini. Perkara seperti ini penting bagi memastikan golongan belia berupaya
mempertahankan identiti serta budaya sendiri. Ramai anak muda kini sudah mula
melupakan adat dan tradisi melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Sebenarnya, para remaja bebas mengamalkan atau mempelajari budaya
semua kaum. Yang menjadi masalahnya ialah kebanyakan budaya asing terutama
sekali budaya barat itu yang bertentangan dengan nilai-nilai murni bangsa
melayu yang berhemah tinggi dan bersopan santun. Ini termasuklah pakaian yang
menjolok mata, fesyen rambut ala ‘punk’, hiburan yang melampau-lampau, dan
pengaruh pergaulan yang terlalu bebas hingga melampaui batas susila orang-orang
timur.
Sebagai remaja yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang,
kita perlulah sensitif terhadap budaya kita sendiri. Budaya Nasional merupakan lambang perpaduan dan keutuhan
peribadi setiap rakyat Negara Malaysia. Generasi Muda harus lebih mengenali
budaya tempatan supaya tidak hilang ditelan zaman.
Hakikatnya, kita boleh mencontohi adat resam atau kebudayaan
sesebuah Negara itu tetapi kita mestilah pandai menyesuaikan dengan keadaaan
ditempat sendiri. Dengan ini bangsa kita akan tetap di hormati kerana mempunyai
identiti yang tersendiri.
Sebagai contoh nilai murni yang boleh mereka praktikkan seperti
memberi salam, berjalan sambil menundukkan hormat di hadapan orang, ucapan
terima kasih bagi menunjukkan rasa pernghargaan dan sebagainya.
Generasi muda adalah pewaris bangsa dan Negara, baik buruknya
bangsa bergantung kepada bagaimana generasi mudanya. Apakah generasi muda
memiliki keperibadian yang kukuh, semangat nasionalisme dan sifat yang kuat
untuk membangunkan bangsa dan negaranya. Apakah golongan belia memiliki dan
menguasai pengetahuan teknologi untuk bersaing dengan bangsa lain.
Belia dalam konteks hari ini,menjadi ‘ejen transformasi’ yang akan
memainkan peranan serta mempunyai fungsi yang tertentu. Cabaran besar hari ini
adalah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan integriti dalam
diri generasi muda melalui aktiviti, program serta diri masing-masing.
Pembudayaan integriti memerlukan komitmen dan tanggungjawab besar dari segala
lapisan masyarakat.
Faktor-faktor yang menyebabkan remaja kini lebih mudah terdedah
dengan pengaruh negatif seperti :-
Keruntuhan Institusi kekeluargaan
Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumah tangga yang
berpunca daripada penceraian, poligami, dan sebagainya memberi tekanan kepada
jiwa remaja sekaligus mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan
menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah
mereka.
Kurangnya pengawasan ibu bapa
Sikap ibu bapa yang kurang memberi pengawasan kepada anak-anak juga
memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan
menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan
ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik
semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu
bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang. Malah lebih teruk lagi, terdapat juga
anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi.Sehubungan dengan
itu, mereka mencari ketenangan dan keseronokan di luar dan bercampur dengan
rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.
Pegangan agama yang tidak teguh
Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak
teguh, mereka tidak akan mendapat makanan jiwa dan inilah yang menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan budaya luar .
Tanggungjawab belia penting dalam mencetuskan angin perubahan
sesebuah Negara kearah yang lebih baik. Sekiranya masyarakat mahu melihat nasib
dan Negara mereka berubah baik, pemuda perlu tampil dan berani membuat
perubahan.
Wynn casino opens in Las Vegas - FilmfileEurope
ReplyDeleteWynn's first nba매니아 hotel https://tricktactoe.com/ casino in Las 도레미시디 출장샵 Vegas since opening its doors in 1996, Wynn Las Vegas is the first hotel on the Strip to https://deccasino.com/review/merit-casino/ offer such a large 1xbet 먹튀 selection of