Bab 2
Aku terus melangkah kakiku menuju ke rumah baru yang akan ku duduki
selama beberapa bulan bersama dengan kawan-kawan baruku. Setelah sampai aku
melihat rumah baru aku ini besar dan boleh memuatkan 8 orang semuanya dengan
dapurnya yang luas dan mempunyai 3 bilik. Aku mendapat bilik bernombor 3
nampaknya bilik yang aku duduk ini hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja tetapi
aku tidak kelihatan siapakah roomate baru aku hanya aku sahaja yang baru
sampai. Tanpa melengahkan masa aku terus mengemas pakaian aku dan masukkan di
dalam loker sedang aku mengemas tiba-tiba aku teringat akan asrama aku semasa
aku bersekolah menengah agama di banting dulu rindunya aku dengan kawan-kawan
aku disana. Ini bukanlah kali pertama aku tinggal diasrama boleh dikatakan sudah
6 tahun aku duduk asrama jadi bukanlah sesuatu yang janggal untuk kali ini aku
tinggal di asrama nilam court walaupun status aku sudah berbeza iaitu menjadi
pelajar universiti.
Beberapa minit sudah berlalu nampaknya kawan-kawan aku daripada
bilik yang lain dah sampai dan mereka sedang mengemas barangan mereka ketika
ini. Aku terfkir untuk menyapa mereka yalah hendak mengeratkan silaturrahim
terus berkenalan dengan sahabat baru. Dengan tidak segan silunya aku terus
masuk ke bilik mereka dan menyapa mereka.
“Assalamualaikum, boleh saya masuk ,”
“ waalaikumsalam, masuklah,” jawabnya bersama dengan kawanya yang
lain.
“ Terima kasih, nama saya Saidatul Nafisah, saya kawan serumah
awak,” sambil tanganku bersalam dengannya.
“oh, saya Siti Asma’a ni kawan saya Asmahani,” dia menyahut salamku
sambil memperkenalkan kawannya kepadaku.
“ Ambil kos apa ye kat sini? saya ambil kos Bahasa Arab,” aku
bertanya lagi.
“ Saya dan kawan saya ambil kos Quran Sunnah,” dia menjawab.
“oh, ok nanti kalau ada apa-apa nak mintak tolong jangan
segan-segan cakap bilik saya kat depan ni je,”.
“ insya-Allah ….
Selesai bertegur sapa dengan mereka aku terus ke bawah ingin
melihat keadaan sekitar di Nilam court ini. Sedang aku berjalan-berjalan tetiba
aku terlihat seseorang yang aku kenal, dia seakan-akan kawan semasa aku sekolah
menengah dulu. Aku terus pergi menuju kearah dia semakin aku dekat menghampiri
dia semakin aku yakin bahawa memang itu adalah dia . Rupa-rupanya bukan aku
sahaja yang mendapat tawaran belajar di sini kawan-kawan aku yang satu sekolah
dengan aku dulu pun dapat sambung belajar di sini juga nampaknya aku tidaklah
keseorangan seperti yang aku sangkakan.
“ Awin!!!
“ lah, kau ke pica ingatkan sapa tadi . kau pun dapat kat sini
jugak ke blok mana kau tinggal,”
“ blok f dekat situ,” aku menunjukkan jariku kea rah banggunan yang
aku duduk.
“ oh, aku blok b dekat belakang itu,”
“ siapa je lagi yang duduk kat sini kawan-kawan kita yang lain pun
sama jugak ke dapat sini,” aku bertanya dengan semangatya.
“Yang aku nampak beberapa orang je tapi aku rasa ramai je kawan
kita yang dapat sini,”.
“Ah-ah kan tak silap aku Usim kan rumah kedua Samttar,” .
“Rumah kedua Samttar? Maksud kau,
“ Maksud aku kebanyakkan pelajar Stam kat sekolah kita tu mesti
akan dapat tawaran belajar kat sini tengoklah senior kita yang dulu-dulu
diorang pun kebanyakkanya belajar kat sini,”
“oh, memanglah Usim ni kan terima semua pelajar Stam walaupun yang
dapat keputusan Jaid sekalipun.
“ so, aku tak adalah culture shock sangat yelah dekat sini pun ada
ramai orang yang kita kenal dan aku tengok suasana kat sini macam sama je
dengan kat sekolah kita semuanya tutup aurat ,”.
“ Baguslah tu mudahlah kita untuk belajar nanti dengan bia’ah yang
macam ni,”
“ o.klah awin aku nak naik biliklah dah lama aku kat sini nanti
kita berbual lagi,”
“ok ,
“bye, assalamualaikum,” ucapku sebelum pergi.
“waalaikumsalam,” jawabnya.
Aku pun terus naik ke atas setelah selesai berbual dengan kawan
lama aku agak rindu jugak dengan dia, yelah dah lama tak jumpa lepas habis stam
dalam tempoh 6 bulan kitaorang tak jumpa tu yang banyak cakap tu.
Bersambung……